Monday, December 13, 2010

Doa mengelak gangguan manusia dan jin

“Baca akhir surah al-Mukminun selepas solat maghrib dan subuh.”

Doa Mengelak Gangguan Manusia Dan Jin

Maksudnya: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?” [115]

Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. [116]

Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya. [117]

Dan berdoalah (wahai Muhammad dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!” [118]

Cedokan dari www.faridrashidi.com

Friday, October 29, 2010

Auni dan baju kurung

Sekadar merakamkan sedikit kenangan....
Gambar auni mencuba baju kurungnya yang pertama walaupun belum siap sepenuhnya. Baju ini untuk hari raya Aidil Adha dan kenduri nanti..
Tengoklah...



Thursday, March 4, 2010

Miracle of sujud syukur


Salam...

Semenjak dari hujung tahun 2009 hingga sekarang aku teramat sibuk di tempat kerja. Ada satu projek baru yang sangat meruntun masa aku. Kerja aku sebagai pencari sebab yang menyebabkan kerosakan sesebuah papan ibu pelayan untuk berfungsi. Kalau dalam bahasa inggerisnya "failure anaysis for server motherboard".
Projek baru ni digelar Petunjuk Kesihatan Produk. Itu dah aku alihbahasakan, kalau dalam bahasa inggerisnya... pandai-pandailah tukar sendiri. Dalam projek ni, semua papan litar telah disaring terlebih dahulu, yang boleh dibaiki maka ia akan dibaiki terlebih dahulu. Tinggal yang teraskeras (hardcore) sahaja akan beri kepada kami untuk dianalisa dan seterusnya kami akan mencari siapakah penyebab kerosakan itu. Samada pengguna, pembuat, bahan-bahan ataupun apa-apa sahaja.
Oleh kerana papan litar ini telah disaring dan yang teras keras sahaja maka kepala kami pun menjadi keras jugak untuk memikirkan apa sebab papan ini gagal berfungsi. Dibelek, ditenung, dikalih maka akhirnya berjumpalah dengan penyebabnya (root cause). Untuk permulaan aku mengambil masa hampir 2 minggu untuk menyelesaikan 4-5 papan litar.
Selepas berjaya menyelesaikan 1 masaalah aku buat sujud syukur selepas solat. Rasa lega dan amat tenang. Tapi selepas itu aku dah terlupa nak buat sujud syukur lagi.
Selepas itu kerja aku amat susah aku rasakan. Tak ada idea untuk menyelesaikan masaalah. Dah 2-3 hari selepas tu barulah aku teringat balik. Lepas solat terus aku buat sujud syukur lagi. Alhamdulillah, aku berjya menyelesaikan beberapa lagi board selepas itu.
Berikut aku lekatakan kaifiat sujud syukur

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terima kasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar solat kerana ia tidak berhubungan dengan soal solat.
Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:

1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

Thursday, February 18, 2010

Kemudahan tapi payah


Gadget aku yang terbaru... digital voice recorder. Apa guna benda ni untuk aku?

Dulu, sebelum kawin aku seorang pengikut tetap seorang Ustaz. Senang sekali duduk bersimpuh di masjid-masjid sambil menadah kitab dan mendengar Ustaz mengajar. Disamping mendengar aku ada membuat rakaman menggunakan walkman brand Sanyo yang boleh membuat rakaman ke tape. Susah jugak, kena selalu alert, kerana tape perlu dipusingkan pada pertengahan rakaman. biasanya aku menggunakan tape 90 minit kerana satu kuliah puratanya sekitar itu. Itu pun kadang-kadang lebih, kena ada backup tape sebagai persediaan. Balik dari kuliah atau masa cuti, isi tape akan diconvertkan ke dalam computer ke format realaudio atau mp3 untuk dimuatkan ke dalam web. Banyak resources yang digunakan tape, masa dan bateri. Mungkin waktu itu aku bujang dan tak banyak aktiviti.
Dalam ebay aku dapat barang ni dengan harga kurang dari RM100. Aku rasa amat rugi untuk melepaskan peluang ini. Gadget ini bukan saja ada perakam suara tapi jugak pemain mp3 dan FM radio. Microphonenya ada internal dan external. 2GB memory.
Kalau dulu aku terpaksa menggunakan wayar microphone yang panjang sebab walkman perlu ada dekat dengan aku kerana perlu memastikan tape dipusing pada pertengahan rakaman. Tapi dengan gadget ini aku terus meninggalkan diatas meja berhampiran Ustaz yang mengajar. Tak perlu nak monitor apa-apa lagi. Balik ke rumah boleh terus plug in ke USB dan copy ke komputer. Mudah sekali.
Tapi sekarang ini aku sudah tak banyak masa untuk bertelegu di masjid kerana aku perlu menghantar Aiman mengaji Quran setiap waktu Maghrib. Cuma kau mampu untuk ke kuliah subuh setiap hari sabtu. Itu saja aku mampu. Walaupun ada kemudahan tapi Allah tak permudahkan ia tetap payah.

Friday, January 8, 2010

Balas dendam bukit Bok Bak




Lama tak update blog ni... sibuk dengan anak-anak, kerja dan yang paling membantut ialah malas.
Aku nak cerita tentang pembalasan dendam aku terhadap bukit Bokbak yang telah menggagalkan usaha aku mendaki bukit. Sebenarnya bukit tu mungkin tak berapa mencabar bagi orang lain tapi dengan ketinggian yang tiba-tiba naik mendadak tu telah memutuskan nafas aku dan buat surender untuk kali pertama.
Hari ini aku memulakan kayuhan aku jalan biasa, jalan ke Gerik tapi aku masuk ikut Jerai untuk ke Lata Iboi, route yang hampir sama dengan route dulu. Penat jugak rasanya sebab dah 2 minggu tak berkayuh, sibuk nak urus anak ke sekolah. Mental aku cuma ingat satu iaitu nak takluk bukit Bokbak, aku kayuh biasa-biasa aja... sebelum bukit tu aku dah dropped gear, mungkin boleh bertahan sampai atas bukit.
Dalam berkayuh tu aku rasa tak tahan jugak nak kayuh. Aduh seksanya nak sampai atas bukit. Drop gear lagi... sampai tempat yang aku berhenti dulu, rasa macam dia dok panggil aku suruh berhenti ja. Tak mampu nak duduk atas seat, aku kayuh berdiri. Ah.. penatnya, nafas aku dah tercungap-cungap. Aku gagahkan jugak lagi sikit.. lagi sikit.
Akhirnya sampai jugak kat atas bukit... huih.... penatnya. Lepas tu turun bukit laju ja... Dan aku berhenti kat simpang Kg Tiak. Alhamdulillah boleh jugak kerabat bukit tu.. Sorry aku terlupa nak ambil gambar muka aku masa tuu. Tak ingat apa dah.
Lepas tu aku pun balik ke rumah. Jarak hari ni cuma 26km saja.
Satu lagi kegembiraan... aku boleh pakai lagi jersi France yang dihadiahkan oleh sahabat lama aku Mazli, dia bagi aku tahun 93. Sampai sekarang boleh pakai lagi. Kira aku slim la jugak :).