
Salam...
Semenjak dari hujung tahun 2009 hingga sekarang aku teramat sibuk di tempat kerja. Ada satu projek baru yang sangat meruntun masa aku. Kerja aku sebagai pencari sebab yang menyebabkan kerosakan sesebuah papan ibu pelayan untuk berfungsi. Kalau dalam bahasa inggerisnya "failure anaysis for server motherboard".
Projek baru ni digelar Petunjuk Kesihatan Produk. Itu dah aku alihbahasakan, kalau dalam bahasa inggerisnya... pandai-pandailah tukar sendiri. Dalam projek ni, semua papan litar telah disaring terlebih dahulu, yang boleh dibaiki maka ia akan dibaiki terlebih dahulu. Tinggal yang teraskeras (hardcore) sahaja akan beri kepada kami untuk dianalisa dan seterusnya kami akan mencari siapakah penyebab kerosakan itu. Samada pengguna, pembuat, bahan-bahan ataupun apa-apa sahaja.
Oleh kerana papan litar ini telah disaring dan yang teras keras sahaja maka kepala kami pun menjadi keras jugak untuk memikirkan apa sebab papan ini gagal berfungsi. Dibelek, ditenung, dikalih maka akhirnya berjumpalah dengan penyebabnya (root cause). Untuk permulaan aku mengambil masa hampir 2 minggu untuk menyelesaikan 4-5 papan litar.
Selepas berjaya menyelesaikan 1 masaalah aku buat sujud syukur selepas solat. Rasa lega dan amat tenang. Tapi selepas itu aku dah terlupa nak buat sujud syukur lagi.
Selepas itu kerja aku amat susah aku rasakan. Tak ada idea untuk menyelesaikan masaalah. Dah 2-3 hari selepas tu barulah aku teringat balik. Lepas solat terus aku buat sujud syukur lagi. Alhamdulillah, aku berjya menyelesaikan beberapa lagi board selepas itu.
Berikut aku lekatakan kaifiat sujud syukur
Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terima kasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.
Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:
" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".
Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar solat kerana ia tidak berhubungan dengan soal solat.
Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk
No comments:
Post a Comment