Anak-anak adalah khazanah aku buat masa ini. Biar aku perkenalkan mereka.
Yang sulung namanya Muhammad Aiman atau lebih kerap dipanggil Along, dah dalam darjah 1 tahun ni. Bayi kurang matang, lahir cuma 1.4kg. Sebulan kat hospital baru boleh bawak balik rumah. Sekarang ni masih kurus kering kerana tak mahu makan. Entahlah bila nak membesar.
Suka bermain bola dan menunggang basikal, mengikut jejak ayahnya.
Anak kedua aku Muhammad Ammar, berbeza 2 tahun dengan abangnya. Panggilan dalam keluarga, Angah. Suka menonton TV, balik dari tadika pukul 11 pagi boleh menonton sampai petang. Makan minum semua depan TV. Dia lebih sihat dari abangnya, tapi tak gemuk sangat la. Biasa-biasa saja. Kurang bersukan.
Anak ketiga bernama Muhammad Adham, selalu dipanggil Achik. Tapi kadang-kadang namanya Ben10 atau Upin. Dia mengelar ayahnya FourArm. Baru berumur 3 tahun beza 2 tahun dari Angah. Agak aktif macam Abang Long tapi sedikit manja. Masih minum susu botol.
 
 
No comments:
Post a Comment