Aku mula masuk ke Hosp Metro pada hari Isnin 13/07. Pagi tu aku sakit perut. Aku dah biasa sakit perut macam tu, dah banyak kali dah. Tapi kali ni sakit yang teramat sangat. Selepas menghantar Along ke sekolah, aku dah tak mampu nak hantar Angah ke Tadika, mama menjadi ganti, dia pun dah lepas pantang... hari yang ke 46.
Kerana terlampau sakit, aku gagahi jugak ke Hosp Metro seorang diri. Sampai di emergency dept, kat entrance tu aku muntah tiga kali. Aku terus mintak nak masuk ward.
Kat ward, Dr Cheam Yang Hooi datang melawat aku. Lepas tu aku di bawak turun untuk buat Ultrasound scan. Dr Azmi cakap hati aku ada lemak. Lain-lain takda masaalah. Dr Cheam tahan tak boleh makan, cuma minum air jernih saja… air masak la tuu. Tangan aku kena drip air glucose. Lepas pukul 12 malam aku terus tak boleh makan minum.
Ramai jugak melawat aku kat hospital, mama dan pakcik + makcik, kakak-kakak dan abang sekeluarga. Malam tu aku demam sampai terketar-ketar. Thanks for Kak Fiza for blanket.
Besoknya, aku diarah untuk tukar baju metro dan dibawa ke operation theatre untuk buat scope. Aku kena bius 100%, lepas sedar, Dr Cheam bagitau dia nak buang appendiks aku, dia cakap dah merah dah. Petang tu jugak aku di bawak ke operation theatre sekali lagi. Sekali lagi kena bius 100%. Sedar-sedar aku rasa sakit kat pusat aku. Nurse-nurse dok tunggu untuk transfer aku balik ke ward.
Sampai di ward, anak-anak dan mama, jugak mak mertua dah ada dalam ward. Aku tak sempat nak bagitau kerana handphone aku dah aku serah pada nurse untuk disimpan. Gembira dapat tengok muka anak-anak. Anak aku yang masih baby tu sempat senyum kat aku. Sekejap saja... Angah dan Achik dah tak boleh duduk diam, mula "merunot" di bawah tirai ward, sampai dalam almari pun dia masuk. Malam tu Kak Fiza dan keluarga datang melawati sekali lagi.
Dan aku masih tak boleh makan dan minum buat hari yang kedua. Sedih.. bila time makan, orang lain semua dapat makan tapi aku dapat tengok saja...
Hari ketiga, Dr Cheam datang melawat dan dia benarkan aku minum milo dan makan bubur nasi. Tak boleh makan pedas dan masam. Aku terus minum air zam-zam dan lepas tu minum milo dan roti. Tengahari aku makan bubur nasi campur sedikit daging ayam. Selepas makan aku mintak nurse buang drip air kat tangan aku. Tapi jarum tu tak boleh buang lagi, ada antibiotik lagi nak masuk. Aku turun bawah bawak kertas suratkhabar 2 helai untuk ambil sedikit tanah untuk tayamum. Tengahari tu, ambik wuduk lepas tu tayamum, aku terus ke surau, solat zohor. Alhamdulillah... dah 2 hari tak solat, hari tu baru dapat solat balik. Aku dah boleh merayau keliling hospital metro tu.
Akhirnya aku discharge pada hari khamis, bersama 3 lubang kat perut dan satu bakul bunga dan buah dari majikanku, aku balik ke rumah.
Pada 23/7 aku sekali lagi ke Hosp Metro untuk follow up. Aku bawak sekali Auni Najwa sebab dia penat, tak boleh bernafas. Kat Metro, jahitan kat perut aku dibuang tapi Auni kena tahan kat ward pulak. Kena buat nebulizer la, check oxygen dan physio (tepuk kat badan dia bagi kahak keluar). Doktor yang merawat dia Dr Loh Chee San. Doktor cakap dia kena bronchiolitis. Sekali lagi aku bermastautin kat Metro, siang ja, malam balik rumah kerana anak-anak lain masih kat rumah. Mama menjaga Auni kat hospital.
Gambar-gambar kat hospital
No comments:
Post a Comment