Selepas subuh, kambing pun sampai. Seekor kambing saja. Aku wakilkan Abang Shukri untuk korbankan kambing tu. Oleh kerana kenduri ni kecik saja, maka pekerja yang mai awal pun kurang tapi Alhamdulillah cukup untuk buat kerja. Tukang masak, seperti biasa... Pakcik Kob m
Juadah kenduri ni adalah... Daging lembu rendang besar, kambing gulai batang pisang, kerabu pucuk paku kerang, acar limau, ikan kering goreng, ulam-ulam dan sambal. Sambal pun ada 2 version, biasa dan durian... maklumlah musim durian.. Acar limau tu emak dah buat 3-4 hari sebelum tu. Pencuci mulut, agar-agar. Tapi hidangan untuk aku cuma sup ikan haruan.. Doktor advise jangan makan pedas dan masam...
Semua saudara terdekat ada waktu kenduri tu. Saudara sebelah mama semua ada. Abang Shukri dan anak-anak balik hampir tengah malam sebelum kenduri, Kak Salmah awal lagi dah sampai. Kak Suria, sebelum kenduri dah ada kat rumah ni. Tapi dia demam pulak. Kak Suzai dan keluarga sampai sebelum tengahari hari kenduri. Mama anak bongsu, jadi kami tinggal sekali dengan emak kat rumah ni. Sebelah aku pulak, semua datang makan saja. Kak Miza dan Abang Zali, lepas tu Abang Asri + famili, diikuti Mohamad. Adik bongsu aku, Rohaizat sampai dekat maghrib. Dia jadi best man untuk Dr Basha, kenduri kat Parit Buntar.
Terima kasih semua yang sudi menjayakan majlis kami. Yang tak terjemput aku mintak maaf, kenduri kecik aja.. jemput ramai-ramai takut tak cukup makanan pulak.
Lain-lain gambar
No comments:
Post a Comment