Fikiran saya masih lagi bersarang dengan satu masalah, masalah orang tapi saya terpaksa memikirkannya. Saya dan dia memegang jawatan dalam satu kumpulan, yang baru dibentuk. Hasrat kami cuma nak mengerakkan kesatuan ini yang sudah dibentuk lebih dari setahun supaya ada kemajuan. Sebagai permulaan banyak perkara yang perlu difikirkan.
Awalannya nampak macam kami sangat sesuai untuk berganding, namun langit tidak selalu cerah. Masalah melanda dia, dan dia mula berubah. Sudah tak mahu berbincang lagi, kalau bincang pun hanya sebentar dan seboleh mungkin dia cuba melarikan diri. Saya cuba untuk mendekati dan menarik perhatian dia. Dari pengamatan saya dia mungkin tak mahu berbicara panjang dengan saya. Kerana dia boleh bercakap dengan orang lain dan bergurau senda. Bila saya cuba dekat dengan dia, dia akan cakap sepatah dua dan mengundurkan dirinya.
Dari itu saya cuba pendekatan yang lain, mungkin saya pula cuba menjarakkan diri saya. Namun saya bukanlah jenis orang yang cukup sabar. Apa yang saya rasakan sekarang ni? Saya rasa macam saya terlalu mengambil tahu hal ehwal orang lain. Mungkin dia rasa banyak cerita yang saya tahu dan tak mahu saya terus menekan dia untuk bercerita kepada saya.
Ya Allah, hambaMu ini sangat tertekan. Tolonglah sabarkan hati ini. Kuatkan semangatku ya Allah. Ampunkan dosaku. Andainya ukhwah ini tidak ada kebaikan tunjukkanlah jalan keluar dan jika ianya membawa ke arah jalan yang benar maka lembutkanlah hatiku dan hati dia. Amin ya Robb.
No comments:
Post a Comment