Monday, December 3, 2012

Ini Bukan Lelaki!

Oleh : M.I.A./Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Berikut merupakan sebuah kisah yang dipetik dari Tafsir al Azhar, Prof. Dr. HAMKA.

Suatu ketika, pada abad ke sembilan belas ketika Acheh berperang dengan Belanda. Zentgraf, seorang pengarang terkenal telah menceritakan di dalam bukunya yang diberikan judul 'Aceh'.

Katanya, "Pada suatu hari hari, pergilah soldadu-soldadu Belanda mengadakan rondaan ke suatu kampung, mencari kalau-kalau ada 'Muslimin' bersembunyi dikampung tersebut. (Orang-orang Aceh, pada ketika itu menggelarkan pejuang-pejuang pembela agama dengan tanahair dengan gelaran 'Muslimin', bagi yang tidak pernah berjuang dan masih belum sempat berjuang, kehormatan dalam pemberian gelaran 'Muslimin' tersebut tidak akan diberikan.)


Maka, sampailah patroli Belanda tersebut ke dalm kampung. Di dapatinya kampung tersebut lengang sahaja. Terutamanya orang-orang lelaki tidak seorang pun kelihatan. Yang bertemu sekali sekala hanyalah orang-orang perempuan di dalam kampung tersebut. Maka sampailah patroli itu ke muka sebuah rumah. Didapati seorang perempuan sedang menumbuk padi. Patroli yang melalui kawasan tersebut tidak dipedulikannya. Dia tidak menunjukkan sebarang rasa takut, malahan diwajahnya terbayang kebencian. Komandan patroli tersebut lalu mendekati dia dan bertanya : "Adakah di sini orang lelaki?"

Perempuan itu menjawab : "Tidak ada!" Dia terus menumbuk padinya. Sikap wanita yang dianggap sebagai angkuh dan penuh benci itu menimbulkan curiga di dalam ahti Komandan Ptroli tersebut. Lalu diarahkannya supaya orang-orangnya naik ke rumah dan mula menggeledah. Tiba-tiba dari bawah tempat tidur, dapat dikeluarkan seorang lelaki yang bersembunyi di situ. Lelaki itu ditarik keluar dan dibawa kehadapan perempuan tersebut. Dia langsung ditanya: "Mengapa kamu bohong? Kamu katakan tiada lelaki di sini, padahal kamu sembunyikan di bawah tempat tidur?"

Perempuan itu kemudian menjawab dengan gagahnya. "Aku tidak berbohong! Benar-benar tidak ada lagiyang bernama lelaki di dalam kampung ini. Semuanya telah pergi menjadi Muslimin (pejuang di jalan Allah bagi membela agama dan tanahair).

"Habis tu, ini siapa? Bukankah ini laki-laki?"

Perempuan itu dengan muka penuh benci dan marah, dengan pandangan menghina kepada saudara kandungnya yang bersembunyi di bawah tempat tidur itu menjawab : "Ini bukan lelaki. Yang laki-laki telah pergi (berjuang)?"

Dengan semangat demikian, Aceh bertahan lebih dari 40 tahun.

Cerita tersebut diceritakan Prof. Dr. Hamka ketika merujuk situasi yang hampir sama dengan apa yang berlaku ketika ayat 86 dan 87 surah at Taubah diwahyukan.

Dan apabila diturunkan suatu Surah (yang menyeru), bahawa hendaklah mereka beriman kepada Allah dan berjihad bersama-sama RasulNya, meminta izinlah kepada engkau orang-orang yang mampu dari mereka, dan mereka katakan : "Biarkanlah kami tinggal bersama-sama orang yang tinggal."

Merekalebih senang bahawa ada mereka bersama-sama perempuan-perempuan yang tinggal., dan telah dicap atas hati mereka. Maka tidaklah mereka mengerti.

Aceh mendapat kekuatan kerana lelaki-lelaki dan wanita-wanita muslim mereka berganding bahu dalam satu semangat yang tinggi dan kuat untuk mempertahankan agama dan tanahair. Mereka menyintai lelaki-lelaki mereka, tetapi cinta mereka kepada lelaki-lelaki mereka menyebabkan mereka berasa jijik sekiranya lelaki-lelaki yang mereka cintai tidak segera mengambil tanggungjawab untuk menyahut panggilan perjuangan bagi mempertahankan agama yang diredhai Allah. Mereka sanggup berpisah kerana Allah. Wanita-wanita ini berasa jijik sekiranya lelaki-lelaki yang mereka cintai tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai lelaki. Mereka memaksa lelaki-lelaki yang mereka cintai keluar di jalan Allah kerana mereka tidak mahu menjadikan diri mereka sebagai satu alasan yang digunakan lelaki-lelaki bacul, untuk menjauhkan diri dari menjalankan segala perintah-perintah Allah.

Tanpa wanita-wanita besi sebegini, umat itu tidak cukup kuat. Mereka mudah tumpas. Mereka mudah dikalahkan. Wanita-wanita besi sebegini diperlukan untuk membina generasi anak-anak muda yang baru. Tidak memanjakan anak-anak dengan cara yang tidak kena tempat. Tidak terlalu memanjakan suami di dalam cara yang tidak kena tempat. Wanita-wanita besi ini, seharusnya menjadi pemangkin kepada kekuatan insan-insan lelaki disekeliling mereka untuk maju dan bertegas di dalam kesungguhan untuk menjauhi segala perbuatan yang dilarang dan melakukan segala perkara yang disuruh Allah.

Wahai wanita, ketika melihat kami lemah, paksakan dan tolakkanlah kami ke hadapan di jalan-jalan yang diredhai Allah dan jangan biarkan kami pulang sebagai lelaki-lelaki yang bacul. Jangan menyimpan dan menyembunyikan kami di rumah sepertimana lelaki bacul di dalam kisah di atas. Tidak ada guna menjadi lelaki ketika mana agama, bangsa dan tanahairnya menghadapi ancaman, segera dia bergegas bersembunyi di bawah katil.

Bentukkan generasi baru yang masih kecil ini dengan jiwa seorang pejuang. Bentukkan dia supaya menghormati wanita dan bentukkan dia dengan satu bentuk pemikiran yang mencengkam segenap pembuluh darah dan jiwanya bahawa dia itu hamba Allah, dan hamba-hamba Allah yang terbaik itu pula, mereka akan melaksanakan perintah Tuhan yang menciptakan serta memberikannya kehidupan. Tiada lelaki yang dapat berdiri gagah tanpa seorang wanita menyokong pembentukan peribadinya. Wanita itu boleh jadi ibu, kakak, adik, isteri dan mungkin juga anak. Dan jangan pula wanita itu pula menjadi sebab kemusnahan orang-orang lelaki disekeliling mereka. Sejarah telah membuktikan, pemimpin-pemimpin hebat dibentuk oleh wanita-wanita hebat yang memainkan peranan disekeling mereka. Sejarah juga membuktikan, sekian banyak tamadun hancur dan musnah juga kerana tindakan wanita-wanita disekeliling mereka.

Saya akhiri penulisan ini dengan kata-kata Muhammad Ali Jinnah, Pengasas negara Islam Pakistan.

No nation can rise to the height of glory unless your women are side by side with you. 

Rujukan :

1. 
Prof. Dr. HAMKA, Tafsir ayat 86 hingga 87 surah at Taubah, Tafsir al Azhar, Juzu’ 10,11 & 12, PT Pustaka Panjimas, Jakarta, m/s 316 – 318.

Read more: http://satuhala.blogspot.com/2012/09/ini-bukan-lelaki.html#ixzz2E2lTAlRn

No comments:

Post a Comment