Sunday, November 1, 2009

Route Lata Iboi



Salam...
Sabtu lepas aku berkayuh, nak maintain berat badan aku. Route kali ni adalah route yang aku baru survey. Masuk ikut kilang Mardec ke dalam hutan getah. Jarak tak jauh dalam 5 km saja, 3km tu jalan tanah merah. Tak mencabar sangat, biasa saja naik turun bukit sikit dan lopak-lopak air.
Selepas jalan tanah merah jumpa mini tar, kira-kira 3 km jugak yang ada pendakian semi mencabar. Lepas turun bukit masuk jalan biasa utnuk ke Jerai. Memandangkan route masih baru untuk aku, jadi tak jumpa lagi shortcut untuk ke Kg Iboi. Aku pun ambik jalan biasa yang melalui sekolah menengah Jerai.
Setelah mengayuh 7-8 km jumpa la jalan masuk ke Lata Iboi. Tapi aku malas nak masuk, kerana aku sorang-sorang saja, lagipun kamera digital aku tak bawak, harap cameraphone saja. Aku pun terus ke Bok Bak.
Dari Bok Bak nak ke Kuala Kuang ada satu pendakian yang mencabar. mungkin kerana perjalanan yang di tempuh agak panjang dan tanpa jangkaan untuk memanjat bukit yang agak curam, aku mampu sampai separuh pendakian, separuh lagi tuntun la hingga ke atas bukit tu. Turun dari bukit tu bertemu jalan Kupang/Gerik. Aku ke kiri untuk kembali ke rumah yang dalam jarak 13-14 km lagi.
Jarak perjalanan aku hampir 31km (mengikut meter basikal aku) yang mengambil masa dalam 1.5 jam tanpa berhenti panjang takat berenti sekejap sebelum tuntun basikal dan sekejap di Kg sadik untuk membeli suratkhabar.


Singboard Felcra Kg Bok Bak


Bawah bukit yang ada sekawan lembu... gambar dari tempat aku surender

Berehat sebentar, nampak beg depan basikal untuk mengisi tayar spare, baru beli dari ebay.

Friday, October 2, 2009

Kembali berkayuh

Hari ni aku berkayuh lagi.
Dah kali ke 4 selepas raya ni. Kali pertama tu pada raya ke 2. Dari rumah aku berkayuh ke batu 42, masuk ke Sg Limau ke Assam Jawa dan ikut Kg Padang ke Kuala Pegang, balik rumah. Jarak dalam 26 km.
Yang ke2 hari rabu 4 Syawal, aku ikut Kg Pisang, Rambong dan pusing balik ikut Kupang. Jarak kurang sikit tapi banyak bukit.
Hari berikutnya aku ambik route lain. Aku ke Tawar dan Batu 7 ikut jalan baru, balik ikut jalan lama. Jarak lebih kurang 20 km saja.

Dan hari ini aku ke Kuala Ketil ikut jalan baru, masuk simpang Kuala Bakong dan ke rumah aku di Taman Desa Bidara. Mungkin hari ni aku rasa lebih banyak tenaga. Aku mula dari rumah pukul 7.30 pagi.
Perhentian pertama aku ialah selepas masuk simpang Kuala Bakong iaitu selepas 20 km. Lepas tu aku kayuh lagi ke rumah di Desa Bidara dalam 10km lagi. Aku control sikit supaya speed aku maintain melebihi 20km/h walaupun naik bukit. Turun bukit biasalah laju sikit.
Sampai kat rumah di Desa Bidara, aku ambil bil, tengok tingkap rumah aku terbuka! Macamana boleh buka? Mungkin ada cuba mengumpil tingkap rumah aku. Tapi apa dia nak ambil? Ada peti sejuk buruk saja. Lain-lain takada. Aku pusing rumah kat belakang tak ada apa yang mencurigakan. Cuma rumput dah meninggi. Nak kena racun la tu.
Aku pun nak balik, ambil basikal tengok tayar belakang dah kempis. Aduih.. pecah la pulak. Aku tak bawak tayar spare atau pun pam. Aku tuntun basikal mencari kedai basikal. Alhamdulillah ada satu kedai yang dah bukak dan ada tayar yang boleh aku tukar. Tukar sendiri saja.
Lepas tu aku kayuh balik ke Kuala Pegang ikut jalan lama. Jalan ni kurang 4 km dari jalan sebelah sana. Tapi nak balik lagi teruk rasanya. Rasa angin yang kuat menentang, tenaga yang dah mula kurang dan matahari yang dah mula menyapa, aku pelan-pelan kayuh.
Akhirnya aku sampai rumah pukul 11 pagi selepas berkayuh 56km. Paha aku dah rasa sakit dan berat badan aku turun 2 kg, aku belum menyantap lagi. Lepas melahap mungkin naik balik la.
Lagi sekali tiada gambar kerana kamera dipinjam Fizal untuk convo UUM. Dia ambik scrol MBA dia.

Jamuan Hari Raya kat ofis

Dalam group kami ada 4 orang melayu, dalam 20 orang cina dan 2 orang india. Setiap hari Jumaat kami ada staff meeting di sebelah petang. Kami berpakat buat jamuan hari raya masa staff meeting. Aku ambik tugas untuk mendapatkan lemang dan rendang ayam. Biskut-biskut raya semua dah habis.. maklumla dah 13 Syawal dah. Biskut beli takat hari raya saja. Lepas hari raya semua kena beli lagi kalau nak makan.
Lemang aku beli saja dekat-dekat rumah aku ni. Rendang aku minta mama tolong buat. Kebetulan mak mertua aku nak sambut raya puasa 6, maka aku keluar modal, mak mertua aku masak. Petang khamis tu buat rendang dan beli lemang 7 batang, 4 batang untuk makan kat ofis dan 3 batang makan kat rumah.
Kat ofis hari jumaat tu meeting start pukul 4 petang. Meeting dalam 30 minit saja lepas tu makan. Boleh kata semua staff ada kecuali seorang yang ada kat Vietnam. Kak Balkhis bawak karipap dan cucuk pisang atas permintaan. Yang lain-lain tu bawak biskut raya saja.
Ramai yang memuji rendang mak mertua aku. Sedap kata mereka sampai ada sms mintak resepi. Memang la mak mertua aku masak memang sedap, sebab tu berat badan aku naik selepas kawin. Mungkin sedap pasal masak pakai kayu api sama kot. Tapi aku makan sikit-sikit saja. Kolestrol aku dah terlalu tinggi.
Last-last tak habis jugak lemang dan rendang tu, banyak jugak aku bawak sebenarnya. Nak bagi kat member ofis yang lain semua dah hilang. Petang jumaat memang kurang orang kat ofis.
Syok jugak bila dapat appreciation macam tu. Tapi bukan aku yang buat pun rendang tu. Mak mertua aku yang buat. Mama pun tak sempat nak tolong sebab Auni tak tidur.
Sorry lah takada gambar, sebab kamera tak bawak pi ofis. Kamera phone pun tak sempat nak ambik, sibuk dok melayan depa makan.

Sunday, September 27, 2009

Ulangtahun kelahiran

bulan September ni 2 orang anak aku, Ammar dan Adham menyambut celebrate birthday mereka pada 24 dan 26 haribulan. Sambutan hari ulangtahun di buat pada 25 haribulan. Memandangkan masih dalam mood raya, tak payah beli kek lagi. Aku beli ayam goreng KFC. Maklumlah kat Baling itu saja yang grand sikit. Nak beli kat Sg Petani.. jauh sangat rasanya. Makan ayam sampai tak habis... Kerana event ni terlalu cepat aku tak sempat pun ambik gambar. Jadi tak boleh la nak tempek kat sini.
Kebetulan dalam bulan ni ramai pulak yang celebrate birthday mereka... Mak mertua, makcik Mah, Lokman dan ramai lagi.Geni boleh bagitau kita sapa-sapa yang celebrate birthday atau wedding anniversary.

Saturday, August 8, 2009

Kenduri Aqiqah ni aku buat untuk anak perempuan kami yang pertama, Auni Najwa. Sunat diadakan aqiqah ini pada hari ke 7 tapi kami kesuntukan masa hanya mampu kami buat pada hari sabtu 18 Julai, hari yang ke 51. Walaupun aku baru lepas operation, tenaga kerja yang kurang tapi kerana dah semuanya telah pun dirancang maka kenduri pun diteruskan. Terima kasih banyak untuk orang-orang kampung yang banyak menolong dari persediaan untuk kenduri sampai clean up untuk hantar barang balik ke stor dekat surau kampung ni.
Selepas subuh, kambing pun sampai. Seekor kambing saja. Aku wakilkan Abang Shukri untuk korbankan kambing tu. Oleh kerana kenduri ni kecik saja, maka pekerja yang mai awal pun kurang tapi Alhamdulillah cukup untuk buat kerja. Tukang masak, seperti biasa... Pakcik Kob masak nasi, Abang Yusuf dengan gulainya. Dua-dua askar pencen... hehehe.
Juadah kendu
ri ni adalah... Daging lembu rendang besar, kambing gulai batang pisang, kerabu pucuk paku kerang, acar limau, ikan kering goreng, ulam-ulam dan sambal. Sambal pun ada 2 version, biasa dan durian... maklumlah musim durian.. Acar limau tu emak dah buat 3-4 hari sebelum tu. Pencuci mulut, agar-agar. Tapi hidangan untuk aku cuma sup ikan haruan.. Doktor advise jangan makan pedas dan masam...
Semua saudara terdekat ada waktu kenduri tu. Saudara sebelah mama semua ada. Abang Shukri dan anak-anak balik hampir tengah malam sebelum kenduri, Kak Salmah awal lagi dah sampai. Kak Suria, sebelum kenduri dah ada kat rumah ni. Tapi dia demam pulak. Kak Suzai dan keluarga sampai sebelum tengahari hari kenduri. Mama anak bongsu, jadi kami tinggal sekali dengan emak kat rumah ni. Sebelah aku pulak, semua datang makan saja. Kak Miza dan Abang Zali, lepas tu Abang Asri + famili, diikuti Mohamad. Adik bongsu aku, Rohaizat sampai dekat maghrib. Dia jadi best man untuk Dr Basha, kenduri kat Parit Buntar.
Terima kasih semua yang sudi menjayakan majlis kami. Yang tak terjemput aku mintak maaf, kenduri kecik aja.. jemput ramai-ramai takut tak cukup makanan pulak.
Lain-lain gambar


Tuesday, July 28, 2009

Hospital Metro

Dalam 1-2 minggu yang lepas, aku dan anak bongsuku telah menjadi warga Hospital Metro untuk 4 hari 3 malam setiap seorang.

Aku mula masuk ke Hosp Metro pada hari Isnin 13/07. Pagi tu aku sakit perut. Aku dah biasa sakit perut macam tu, dah banyak kali dah. Tapi kali ni sakit yang teramat sangat. Selepas menghantar Along ke sekolah, aku dah tak mampu nak hantar Angah ke Tadika, mama menjadi ganti, dia pun dah lepas pantang... hari yang ke 46.

Kerana terlampau sakit, aku gagahi jugak ke Hosp Metro seorang diri. Sampai di emergency dept, kat entrance tu aku muntah tiga kali. Aku terus mintak nak masuk ward.

Kat ward, Dr Cheam Yang Hooi datang melawat aku. Lepas tu aku di bawak turun untuk buat Ultrasound scan. Dr Azmi cakap hati aku ada lemak. Lain-lain takda masaalah. Dr Cheam tahan tak boleh makan, cuma minum air jernih saja… air masak la tuu. Tangan aku kena drip air glucose. Lepas pukul 12 malam aku terus tak boleh makan minum.

Ramai jugak melawat aku kat hospital, mama dan pakcik + makcik, kakak-kakak dan abang sekeluarga. Malam tu aku demam sampai terketar-ketar. Thanks for Kak Fiza for blanket.


Besoknya, aku diarah untuk tukar baju metro dan dibawa ke operation theatre untuk buat scope. Aku kena bius 100%, lepas sedar, Dr Cheam bagitau dia nak buang appendiks aku, dia cakap dah merah dah. Petang tu jugak aku di bawak ke operation theatre sekali lagi. Sekali lagi kena bius 100%. Sedar-sedar aku rasa sakit kat pusat aku. Nurse-nurse dok tunggu untuk transfer aku balik ke ward.

Sampai di ward, anak-anak dan mama, jugak mak mertua dah ada dalam ward. Aku tak sempat nak bagitau kerana handphone aku dah aku serah pada nurse untuk disimpan. Gembira dapat tengok muka anak-anak. Anak aku yang masih baby tu sempat senyum kat aku. Sekejap saja... Angah dan Achik dah tak boleh duduk diam, mula "merunot" di bawah tirai ward, sampai dalam almari pun dia masuk. Malam tu Kak Fiza dan keluarga datang melawati sekali lagi.

Dan aku masih tak boleh makan dan minum buat hari yang kedua. Sedih.. bila time makan, orang lain semua dapat makan tapi aku dapat tengok saja...

Hari ketiga, Dr Cheam datang melawat dan dia benarkan aku minum milo dan makan bubur nasi. Tak boleh makan pedas dan masam. Aku terus minum air zam-zam dan lepas tu minum milo dan roti. Tengahari aku makan bubur nasi campur sedikit daging ayam. Selepas makan aku mintak nurse buang drip air kat tangan aku. Tapi jarum tu tak boleh buang lagi, ada antibiotik lagi nak masuk. Aku turun bawah bawak kertas suratkhabar 2 helai untuk ambil sedikit tanah untuk tayamum. Tengahari tu, ambik wuduk lepas tu tayamum, aku terus ke surau, solat zohor. Alhamdulillah... dah 2 hari tak solat, hari tu baru dapat solat balik. Aku dah boleh merayau keliling hospital metro tu.

Akhirnya aku discharge pada hari khamis, bersama 3 lubang kat perut dan satu bakul bunga dan buah dari majikanku, aku balik ke rumah.


Pada 23/7 aku sekali lagi ke Hosp Metro untuk follow up. Aku bawak sekali Auni Najwa sebab dia penat, tak boleh bernafas. Kat Metro, jahitan kat perut aku dibuang tapi Auni kena tahan kat ward pulak. Kena buat nebulizer la, check oxygen dan physio (tepuk kat badan dia bagi kahak keluar). Doktor yang merawat dia Dr Loh Chee San. Doktor cakap dia kena bronchiolitis. Sekali lagi aku bermastautin kat Metro, siang ja, malam balik rumah kerana anak-anak lain masih kat rumah. Mama menjaga Auni kat hospital.

Auni dibenarkan pulang pada 26/7 tapi kena buat neb kat klinik untuk 2 malam. Alhamdulillah dia bertambah sihat.
Gambar-gambar kat hospital

Monday, July 27, 2009

Detik pertama

Salam... Ini adalah detik pertama aku melayarkan blog. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk merakamkan perasaan, kenangan dan peristiwa yang terjadi pada aku, anak-anak dan keluarga aku atau apa-apa terlintas di hati sanubari aku yang kelak akan menjadi satu sejarah kepada anak-anak dan generasi seterusnya.
Anak-anak adalah khazanah aku buat masa ini. Biar aku perkenalkan mereka.

Yang sulung namanya Muhammad Aiman atau lebih kerap dipanggil Along, dah dalam darjah 1 tahun ni. Bayi kurang matang, lahir cuma 1.4kg. Sebulan kat hospital baru boleh bawak balik rumah. Sekarang ni masih kurus kering kerana tak mahu makan. Entahlah bila nak membesar.
Suka bermain bola dan menunggang basikal, mengikut jejak ayahnya.
Anak kedua aku Muhammad Ammar, berbeza 2 tahun dengan abangnya. Panggilan dalam keluarga, Angah. Suka menonton TV, balik dari tadika pukul 11 pagi boleh menonton sampai petang. Makan minum semua depan TV. Dia lebih sihat dari abangnya, tapi tak gemuk sangat la. Biasa-biasa saja. Kurang bersukan.
Anak ketiga bernama Muhammad Adham, selalu dipanggil Achik. Tapi kadang-kadang namanya Ben10 atau Upin. Dia mengelar ayahnya FourArm. Baru berumur 3 tahun beza 2 tahun dari Angah. Agak aktif macam Abang Long tapi sedikit manja. Masih minum susu botol.
Inilah anak keempat, puteri pertama yang bernama Auni Najwa. Baru berusia 2 bulan. Belum tahu peelnya macamana. Dia nampak macam selesa bila ayahnya mendukung. Harap dia membesar sihat tanpa masaalah yang kritikal.

Itulah produk kami berdua. Semoga Allah merahmati kami semua InsyaAllah.